Sup berapi 'terangkat' punya...

Iklan
Miza (tengah) bergambar bersama pekerjanya di kedai sup berapi, Penaga.

PENAGA - Jika anda berkunjung ke kawasan Penaga, sebut sahaja Kedai Sup Berapi, sudah pasti penduduk tempatan akan mengangguk tanda tanda tahu.

Terletak di daerah Kepala Batas, kedai ini mendapat tempat di hati peminat sup.

Iklan
Iklan

Penangan bihun sup berapi di kedai ini sangat hebat sehingga ramai yang menggilainya meskipun tinggal berjauhan.

Sup gear box.

Pemilik kedai ini, Miza Fariza Ismail, 37, berkata dia dan suami Zul Fadli Ibrahim, 39, perniagaan ini sudah diusahakan sejak tujuh tahun lalu.

Iklan

Berharga RM5 semangkuk, pelanggan boleh memilih jenis cabai atau cili yang mereka inginkan.

"Terdapat tiga jenis cabai iaitu, cabai berapi Vietnam, cabai merah dan juga cabai hitam.

Iklan

"Tapi, ramai pelanggan memilih cabai berapi Vietnam kerana rasanya lebih sedap dan menepati selera penggemar masakan sup pedas," katanya.

Kedai makan sup berapi yang terletak di Penaga.

Selain bihun sup, pengunjung turut tertarik dengan satu lagi menu di kedai ini iaitu sup gear box.

"Harga sup gear box bergantung pada saiz yang bermula daripada RM15 sehingga RM25," katanya.

Tidak cukup sekadar menjamu dua menu, kedai milik pasangan suami isteri ini turut menyediakan masakan panas seperti set nasi harimau menangis.

"Di sini, menu ini adalah yang kedua paling laris selepas bihun sup berapi.

"Set nasi harimau menangis menjadi kegilaan kerana rasa dagingnya segar walaupun disalai," katanya.

Daging salai

Apalah erti makanan tanpa minuman, lagi-lagi kebanyakannya membuatkan pengunjung mengesat air mata kerana kepedasannya.

Mango shake dan naga shake antara minuman paling mendapat permintaan tinggi.

Rasa asli buah menambat hati pengunjung untuk mencubanya.

Beroperasi setiap hari seawal jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang dan ditutup pada hari Selasa, kedai ini mampu memuatkan lebih 100 pengunjung dalam satu-satu masa.