Sidang DUN Pulau Pinang ditangguhkan

Iklan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung sejak 30 Ogos lepas ditangguhkan pada Khamis ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

GEORGE TOWN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung sejak 30 Ogos lepas ditangguhkan pada Khamis ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sepanjang persidangan tiga hari itu, 69 soalan lisan, 670 soalan bertulis dan satu usul serta satu rang undang-undang dikemukakan.

Iklan
Iklan

Usul pelantikan peguam Fadhlina Sidek dan Setiausaha DAP negeri, Lim Hui Ying sebagai Ahli Dewan Negara telah diluluskan.

Rang Undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 Mengenai Penurunan Had Umur Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daripada 21 Tahun Ke 18 Tahun, telah dibahas dan diluluskan.

Iklan

Rang undang-undang yang dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan negeri, Soon Lip Chee itu, antara lain adalah untuk menggalakkan penglibatan golongan muda dalam pembangunan sosial dan politik di Pulau Pinang. - Bernama

Iklan