PKR dedah surat penolakan usul kosongkan jawatan Speaker

Iklan
Surat yang diterima Fahmi Fadzil

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendedahkan sepucuk surat daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon yang menolak usul berkaitan mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan perkara itu di halaman Twitternya pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Usul saya untuk menyingkirkan Datuk Azhar Azizan Harun (Yang di-Pertua Dewan Rakyat) ditolak oleh Rashid.

"Kedua-dua surat tersebut diemail kepada saya oleh kerani Dewan pada 30 Ogos 2021,” ujarnya.

Iklan

Pada Khamis, Azhar Azizan dilaporkan menafikan laporan media yang menyatakan beliau menolak 15 usul agar mengosongkan jawatannya.

Azhar sebaliknya menegaskan telah mengutus surat kepada kesemua pengusul bahawa beliau tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul tersebut kerana mempunyai percanggahan kepentingan atau ‘conflict of interest’.

Iklan

Jelas Azhar, beliau tidak pernah mengambil bahagian dalam apa cara sekalipun atau campur tangan di dalam apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut.