Kemelut PSM: ASTAF puji pendekatan PJS

Iklan
Abdul Halim Kader

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (ASTAF) memuji pendekatan proaktif diambil Pesuruhjaya Sukan (PJS) dalam usaha menyelesaikan kemelut yang membelenggu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ketika ini.

Malah menurut Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader, proses pemulihan PSM diselia PJS melibatkan badan induk sepak takraw negara dan bekas ahli gabungan PSM secara tidak langsung akan dapat memantapkan lagi proses pembangunan sukan tersebut pada masa depan.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya ASTAF tidak pernah menyisihkan PSM, sebaliknya kami memantau secara dekat walaupun badan induk sepak takraw Malaysia tersebut disingkirkan dari ASTAF, malah kami juga mahu PSM kembali aktif di peringkat Asia dan Antarabangsa segera supaya Malaysia tidak ketinggalan jauh.

"Apa yang diharapkan oleh ASTAF, seperti komitmen diberikan kepada PJS sebelum ini, yakni proses reformasi PSM perlu mendapat lampu hijau PSJ sebagai badan tertinggi mewakili Kementerian Belia dan Sukan.

Iklan

"PSM boleh menghantar semula permohonan keahlian semula ke dalam ASTAF sebaik selesai proses pemulihan yang melibatkan penambahbaikan perlembagaan dan pemilihan kepimpinan baru yang dipantau PJS,” katanya ketika mengulas perkembangan terkini situasi PSM kepada Sukan Sinar pada Khamis.

PSM sebelum ini disingkirkan dari gabungan sepak takraw Asia tersebut manakala bekas presiden, Datuk Seri Ahmad Ismail dikenakan penggantungan sehingga 2038 atas kesalahan disiplin.

Iklan