Vaksin CanSino diagih ke Pulau Mabul: Khairy

Iklan
Pengagihan vaksin CanSino diteruskan ke Pulau Mabul, Sabah pada Jumaat. - Foto Twitter KJ

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pengagihan vaksin CanSino diteruskan ke Pulau Mabul, Sabah pada Jumaat.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapannya di Twitter.

Iklan
Iklan

Dalam hantaran sama, beliau memuat naik dua keping gambar petugas kesihatan dalam perjalanan ke pulau itu.

"Petugas kesihatan diiringi anggota polis bersedia ke Pulau Mabul, Sabah hari ini untuk pemberian vaksin satu dos, CanSino, bagi meningkatkan liputan imunisasi dalam usaha Malaysia melangkah ke fasa endemik," katanya.

Iklan

Khairy berkata, pengagihan vaksin CanSino ke pulau itu melibatkan 2,000 dos manakala Nabawan 500 dos.

"Aktiviti pemberian vaksin CanSino kepada penduduk di Pulau Mabul akan dijalankan selama dua hari," katanya.

Iklan

Sabah mula menerima vaksin satu dos itu pada 28 Ogos lalu.

Sebanyak 180,000 dos dihantar secara berperingkat sehingga Isnin depan

"Sehingga hari ini, sebanyak 44,000 dos vaksin CanSino telah diterima Sabah," katanya.

Tambah beliau, proses pemberian vaksin CanSino dilakukan di kawasan pedalaman Sabah pada 29 Ogos lalu bermula di Pulau Sebatik dengan 2,400 dos.

"Di bahagian pedalaman Kinabatangan sebanyak 1,200 dos diberikan," katanya.