CRISTIANO Ronaldo akan menyarung jersi nombor tujuh Manchester United sekali lagi untuk penampilan bersama The Red Devils tersebut musim ini, umum kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.
Penyerang Portugal berusia 36 tahun itu sebelum ini menghabiskan enam musim di Old Trafford dari 2003 hingga 2009, menjulang lapan kejuaraan utama kembali menyertai kelab tersebut dari Juventus dengan kontrak dua tahun baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Ronaldo ketika bersama Manchester United sebelum ini diberikan penghormatan menyarung jersi nombor keramat tersebut sekali gus menjejaki legenda The Red Devils seperti George Best, Bryan Robson, Eric Cantona dan David Beckham.
Musim lalu, nombor tujuh menjadi milik tonggak United, Edinson Cavani, yang juga turun beraksi ketika menewaskan 1-0 Wolverhampton Wanderers, pada Ahad, akan menyarung jersi nombor 21- nombor yang digunakannya bersama skuad kebangsaan Uruguay.
"Sejujurnya saya kurang pasti sama ada boleh lagi menyarung jersi nombor tujuh atau sebaliknya sebelum ini, namun saya berterima kasih kepada Edi," kata Ronaldo.
Ronaldo dijangka diturunkan The Red Devils bagi aksi liga apabila melayan kunjungan Newcastle United pada 11 September.