'Krisis perubahan iklim berlaku, kehancuran terjadi di mana-mana'

Iklan
Taufan Ida adalah yang kelima terbesar pernah melanda negara AS

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyifatkan cuaca melampau seperti Taufan Ida sebagai satu peringatan bahawa krisis perubahan iklim sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku.

Beliau mengingatkan tentang perlunya persediaan rapi berdepan krisis sama di masa depan.

Iklan
Iklan

"Kita diingatkan bahawa, ini bukan soal politik. Taufan Ida tidak peduli sama ada anda seorang Demokrat atau Republikan, di luar bandar atau bandar.

"Kehancuran terjadi di mana-mana dan ia adalah soal hidup dan mati. Dan kita semua bersama dalam situasi ini," di Washington DC pada Khamis.

Iklan

Dalam perutusan khasnya, Biden memberi jaminan semua yang terjejas akan dibantu.

"Mesej saya kepada penduduk di kawasan terjejas, kami ada untuk anda. Kami akan pastikan apa yang diperlukan untuk proses pemulihan adalah mencukupi, supaya mereka yang berada di kawasan paling terjejas mendapat sumber bantuan dan tidak dipinggirkan," katanya.

Iklan

White House juga, jelas beliau, sedia menyediakan segala bantuan yang diperlukan.

Kata Biden, Taufan Ida adalah yang kelima terbesar pernah melanda negara itu.

Ia juga menyaksikan buat kali pertama perkhidmatan cuaca nasional mengeluarkan amaran banjir di New York. - Awani