KOM tidak iktiraf balingan Ziyad sebagai rekod kebangsaan

Iklan

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) tidak mengiktiraf catatan 17.94 meter sebagai rekod baru kebangsaan bagi acara lontar peluru yang dilakukan oleh atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Ziyad terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.

Iklan
Iklan

Dia meneruskan saingan namun berada dalam status bantahan dan berjaya melakukan balingan yang memecahkan rekod dunia miliknya bagi saingan paralimpik serta rekod kebangsaan.

Rekod lama milik Adi Alifuddin Hussin, 17.64m dilakukan pada 2011.

Iklan

Keputusan itu dibuat berdasarkan perbincangan antara Jawatankuasa Teknikal KOM dipengerusikan Datuk SM Muthu.

Bagaimanapun, KOM merancang untuk menghadiahkan saguhati kepada Ziyad sebagai penghargaan atas usaha kerasnya sejak lima tahun lalu.

Iklan

Sementara itu, Adi yakin rekod yang dipegang sejak 10 tahun lalu bakal dipecahkan dalam masa terdekat, ini kerana prestasi Ziyad sudah banyak meningkat menjelang jadual padat tahun depan.

Adi melakukan catatan itu ketika meraih pingat pingat perak Sukan SEA 2011. - Awani