KUALA LUMPUR - Sebanyak 47.2 peratus populasi keseluruhan di Malaysia seramai 15,429,300 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat pada Khamis, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Jumaat JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, seramai 20,115,233 individu atau 61.6 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 35,519,754 dos.