PRK Semenyih: Mesej rakyat untuk diteliti - TPM

Iklan
Wan Azizah (dua, kanan) bersama suaminya yang merupakan Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) menggaul Yee Sang sebagai simbolik perasmian Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 Parlimen Port Dickson, semalam. - Foto Bernama

PORT DICKSON - [DIKEMASKINI] Kekalahan PH pada PRK DUN Semenyih memberi mesej bahawa ada isu yang harus dipertimbangkan gabungan itu dengan lebih mendalam.

Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua pucuk pimpinan parti harus bersama membincangkan mengenainya.

Iklan
Iklan

"Kita ambil iktibar apa-apa yg kita nak lakukan sama ada pada PRK atau PRU memang ada sistem demokrasi dan ada pilihan.

"Kita nak rakyat tahu, kita cuba sedaya upaya. Jika mereka sudah buat pilihan, ada mesej dan kita terima," katanya pada pemberita ketika ditemui pada sambutan perayaan Tahun Baharu Cina peringkat Parlimen Port Dickson, di sini malam tadi.

Iklan

Sementara itu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekalahan itu adalah gambaran jelas tentang perasaan rakyat ketika ini terutama sentimen yang disuarakan oleh masyarakat Melayu.

Jelasnya, corak pengundi ketika ini penting untuk diteliti, namun pada masa sama harus kekal dengan semangat perlembagaan yang telah menjanjikan kedudukan orang Islam dan Melayu.

Iklan

"Saya yakin jika diberikan sedikit masa rakyat akan faham mengapa kita ambil langkah dan keterbatasan kita dalam pelaksanaan program.

"Malaysia harus kekal dengan semangat perlembagaan yang telah janji kedudukan Islam dan Melayu, tapi tegas dalam memelihara harmoni semua kaum,"katanya.

Meskipun begitu beliau berkata, kerajaan Selangor masih kukuh di bawah PH dan Kerajaan Persekutuan pula kukuh di bawah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya adakah kekalahan kali kedua PH dalam PRK disebabkan aura Tun Mahathir sudah hilang berbanding PRU14, beliau berkata, tidak sesuai untuk buat tafsiran begitu.

"Cameron Highland bukan kerusi dipegang PH walaupun majoriti pengundi kita terima.

"Di Semenyih pula beri gambaran ada beberapa masalah belum sempat kita selesai. Kalau kata semua kalah tak betul kerana di Port Dickson, kita menang," katanya.