Operasi dadah: 62 ditahan di Menggatal

Iklan

KOTA KINABALU - Polis Sabah menahan 62 individu kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam operasi di kawasan Manggatal sejak 23 Februari lalu.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji dalam kenyataan di sini hari ini berkata dalam operasi selama seminggu itu, polis menumpukan operasi di Kampung Lokub, Kampung Lok Buno dan Kampung Lobou.

Iklan
Iklan

Habibi berkata daripada jumlah itu 39 yang ditahan adalah warga tempatan dan 23 lagi merupakan warga asing berumur antara 16 hingga 57 tahun.

Katanya, sejumlah 28.40 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM4,250 juga telah dirampas.- Bernama

Iklan
Iklan