MR D.I.Y. terima pengiktirafan 'Malaysia’s Best Managed Companies Awards’

Iklan
Adrian Ong bersama anugerah ‘Malaysia’s Best Managed Companies Awards’ yang diterima MR D.I.Y.

SHAH ALAM - Peruncit perkakas rumah yang terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) dipilih sebagai salah satu daripada empat penerima anugerah ‘Malaysia’s Best Managed Companies Awards’ yang diadakan buat pertama kalinya.

Anugerah ‘Malaysia’s Best Managed Companies’ yang dianjurkan oleh Deloitte Private mengiktiraf syarikat-syarikat swasta tempatan yang terbaik dengan hasil tahunan melebihi ASD25 juta untuk kecemerlangan organisasi serta sumbangan mereka dalam industri masing-masing dan kepada ekonomi negara.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Group Berhad, Adrian Ong berbesar hati menerima pengiktirafan tersebut kerana ia tidak mungkin dapat dicapai tanpa dua kumpulan yang amat penting buat jenama tersebut.

"MR D.I.Y. adalah sebuah jenama berasal dari Malaysia yang berusia 16 tahun. Untuk menerima pengiktirafan ini bersama syarikat-syarikat yang dihormati dan jenama-jenama yang terkenal adalah satu penghormatan yang amat besar buat kami.

Iklan

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tenaga kerja MR D.I.Y. yang berdiri teguh dengan 12,000 kakitangan yang telah bertungkus lumus dalam memenuhi janji MR D.I.Y. untuk menawarkan produk-produk yang berpatutan di lokasi-lokasi yang mudah dikunjungi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mereka bukan sahaja memastikan operasi MR D.I.Y sentiasa lancar dan efisien tetapi turut menyokong pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang kami jalankan.

Iklan

Adrian turut berterima kasih kepada pengurusan Deloitte kerana membawakan anugerah tersebut ke Malaysia kerana ia akan terus memberi inspirasi kepada jenama-jenama di Malaysia untuk berusaha mencapai standard global.

"Malaysia’s Best Managed Companies Awards” yang pertama oleh Deloitte Private itu merupakan sebahagian daripada program anugerah"Best Managed Companies” yang dianjurkan oleh Deloitte di peringkat global.

Ia menggunakan proses penilaian yang terbukti untuk menilai kualiti pengurusan perniagaan dari pelbagai segi termasuk strategi, keupayaan dan inovasi, budaya dan komitmen, serta tadbir urus dan kewangan.

Penilaian anugerah-anugerah tersebut adalah berdasarkan amalan yang telah dipraktikkan selama lebih 25 tahun di 37 negara di seluruh dunia.

Para pemenang akan menyertai komuniti"Best Managed” yang terdiri daripada 1,000 syarikat yang telah memperoleh anugerah kecemerlangan perniagaan ini.

Dengan menyertai kumpulan elit ini, ia sekaligus menaikkan kedudukan jenama, meningkatkan kebolehlihatan pasaran dan kredibiliti mereka dalam industri.