Glomac tawar hadiah eksklusif

Iklan
Zulkifly

PEMAJU hartanah terkemuka, Glomac Berhad (Glomac) menerusi kempennya, ‘Something For Everyone’ menawarkan pelbagai hadiah eksklusif termasuklah hadiah utama cabutan bertuah Proton X50.

Pengurus Besar Penjualan dan Pemasaran Glomac, Kim Neoh berkata, kempen itu akan berlangsung sehingga 30 November 2021 menawarkan hadiah hebat lain, pakej penjualan yang menarik dan insentif tunai selain daripada Proton X50 untuk dimenangi oleh para pembeli rumah.

Iklan
Iklan

"Kempen itu turut menampilkan peraduan maya yang membolehkan peserta memenangi hadiah bulanan seperti baucar membeli-belah, telefon bimbit iphone 12, tablet Samsung dan sebagainya.

"Peraduan akan bermula pada pertengahan September 2021 dan berlangsung sehingga akhir kempen,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Sebelum ini, kempen itu telah dilancarkan pada majlis penyerahan kecil-kecilan Proton X70 kepada pemenang bertuah pertandingan Cabutan Bertuah sempena Kempen Ulang Tahun ke-30 Glomac.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Glomac, Zulkifly Garib berkata, kempen 'Something For Everyone' adalah salah satu daripada siri kempen yang telah dimulakan oleh Glomac sejak setahun lepas.

Iklan

"Kempen-kempen Glomac sebelumnya seperti kempen CNY, HappyNest, dan 3R telah memberi gambaran lebih jelas mengenai minat dan kecenderungan pelanggan mengenai pelbagai promosi.

"Glomac mengambil inisiatif untuk meningkatkan penglibatan pelanggan secara dalam talian (online). Kami telah mewujudkan unit pameran rumah maya dan proses e-booking yang kini jelas adalah sebahagian daripada norma baharu,” katanya.

Beliau berkata, pembeli rumah yang membeli mana-mana kediaman Glomac berharga RM300,000 dan ke atas sepanjang tempoh kempen berlangsung akan berpeluang memenangi Proton X50 dan hadiah-hadiah lain.

Tambahnya, Glomac kini dalam proses pembinaan projek pembangunan bertingkat tinggi iaitu 121 Residences dan Plaza @ Kelana Jaya dan juga pembangunan atas tanah seperti Primrose (Saujana KLIA, Sepang), Dahlia Sari (Saujana Perdana, Sungai Buloh) di Selangor dan Freesia (Saujana Jaya, Kulai) di Johor.