Liek Hou teruskan rentak cemerlang

Iklan
Atlet badminton paralimpik negara Cheah Liek Hou. - Foto Bernama

JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Jepun, Taiyo Imai, 21-19, 21-12 sekali gus muncul juara Kumpulan B Kategori SU5 Temasya Paralimpik pada Jumaat.

Keputusan cemerlang itu menyaksikan Liek Hou mengekalkan rekod tanpa kalah dengan tiga kemenangan berturut-turut sekali gus layak ke separuh akhir.

Iklan
Iklan

Dalam dua perlawanan awal sebelum ini, pemain berusia 33 tahun itu turut menang ke atas Ahmed Eldakror dari Mesir 21-3, 21-2 dan pemain Taiwan, Fang jen-yu 21-13, 21-9.

Undian untuk separuh akhir akan diadakan petang ini dan aksi separuh akhir serta final dijadualkan berlangsung pada Sabtu.

Iklan
Iklan