GERGASI Amerika Selatan, Argentina mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 21 perlawanan apabila melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas Venezuela dalam aksi kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022 di Estadio Olímpico, Caracas.
Tuan rumah yang tampil dengan misi melakar kejutan kedua apabila sekadar menang sekali dalam 14 pertemuan kelayakan berprestij itu terpaksa beraksi 10 pemain selepas Luis Adrian Martinez dilayangkan kad merah kerana mengasari Lionel Messi pada minit ke-32.