Kes Thava Sagayam: Keadilan harus ditegakkan

Iklan
ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan keadilan harus ditegakkan dan tiada sesiapa yang terkecuali daripada garis undang-undang berikutan kes pengawal keselamatan meninggal dunia setelah sekian lama terlantar sakit akibat diserang penyewa sebuah kondominium di Ipoh, Disember lalu.

"Saya sedih dan terkejut dengan musibah yang melanda keluarga S. Thava Sagayam ini," kata Perdana Menteri melalui hantaran balas Twitter kepada ciapan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, Kulasegaran dalam laman Twitternya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ismail Sabri kerana meluangkan masa untuk bercakap dengan keluarga mendiang Thava Sagayam.

Pada Jumaat lalu, Thava Sagayam, 64, meninggal dunia selepas lama terlantar sakit berikutan diserang seorang oleh penyewa sebuah kondominium pada 29 Disember tahun lalu selepas anaknya dilarang menggunakan kolam renang yang ditutup kerana pandemik Covid-19.

Iklan

Susulan itu, polis mengklasifikasikan semula kes itu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan merujuk semula kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada Kulasegaran atas keprihatinan beliau dalam isu mendiang itu. - Bernama

Iklan