'Berjalan 200 meter minta bantuan, sebelum jatuh dalam parit'

Iklan
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui mati dalam keadaan tertiarap di parit di Jalan Kampung Bechah Temalang, Wakaf Bharu di sini pada Jumaat. Foto Ihsan pembaca.

TUMPAT - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui mati dalam keadaan tertiarap di parit di Jalan Kampung Bechah Temalang, Wakaf Bharu di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.15 itu, remaja beralamat di Kampung Perupok itu ditemui dalam keadaan tertiarap dalam parit kecil yang mengandungi air.

Iklan
Iklan

"Parit kecil tersebut ada air dan motosikal yang dipercayai milik remaja berkenaan juga berada dalam parit dengan jarak lebih kurang 200 meter dengan tempat mayatnya dijumpai.

"Kami percaya remaja berkenaan menunggang motosikal dari arah Kampung Delima menghala balik ke rumahnya di Kampung Perupok dan terbabas ke dalam parit sebelah kiri jalan," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, mangsa dipercayai berjalan sejauh lebih kurang 200 meter untuk meminta bantuan dan dipercayai terjatuh dalam parit tersebut sebelum ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tumpat di sini untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Iklan