Singapura mulakan program vaksinasi tambahan

Iklan
Singapura akan beralih ke fasa seterusnya dalam Program Vaksinasi Nasional dengan memulakan program suntikan tambahan atau booster pada bulan ini untuk dua subkelompok yang dikenal pasti. Gambar hiasan

SINGAPURA - Singapura akan beralih ke fasa seterusnya dalam Program Vaksinasi Nasional dengan memulakan program suntikan tambahan atau booster pada bulan ini untuk dua subkelompok yang dikenal pasti, menurut Kementerian Kesihatan republik itu pada Jumaat.

Ia membabitkan kelompok terimunokompromi sederhana; dan individu yang berumur 60 tahun ke atas, serta penghuni pusat jagaan warga tua.

Iklan
Iklan

Kementerian dengan nasihat daripada Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V) mengatakan pihak mereka telah mengkaji strategi untuk mencapai perlindungan terhadap Covid-19 melalui vaksinasi, terutama berdasarkan varian yang mudah berjangkit yang muncul di seluruh dunia.

"Dengan varian Delta yang lebih mudah berjangkit, tidak mungkin negara dapat mencapai perlindungan kelompok tanpa kadar vaksinasi penduduk yang sangat tinggi melebihi 90 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan

Kementerian menambah, selain itu muncul juga data mengenai penurunan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan berdasarkan masa.

"Meskipun bukti secara global dan tempatan terus menunjukkan vaksin sangat berkesan untuk mengurangkan jangkitan teruk dan kematian, beberapa negara juga telah memutuskan untuk meneruskan dos tambahan," katanya.

Iklan

Setelah mengkaji bukti yang ada, serta meneliti keselamatan dan keberkesanan dos tambahan yang telah diberikan secara global, KKM menyetujui cadangan oleh EC19V untuk memulakan program suntikan tambahan kepada kedua-dua subkelompok itu.

Kementerian mengatakan kumpulan pertama warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang telah lengkap dos kedua sekitar Mac tahun ini akan layak mendapat dos ketiga dalam bulan ini.

Pada 2 September, 80 peratus penduduk Singapura telah melengkapkan dos mereka dan 83 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. - Bernama