Minum teh boleh tingkatkan kecerdasan otak?

Iklan
Meminum secawan teh boleh memberikan manfaat kesihatan kepada si peminum kerana ia dipercayai boleh meningkatkan kemampuan berfikir. - Foto AFP

BEIJING - Satu kajian saintifik mendapati meminum secawan teh boleh meningkatkan lagi kecederdasan otak dan memperbaiki prestasi diri dalam tugas-tugas berkaitan dengan pemikiran.

Penemuan itu didedahkan oleh para penyelidik dari Universiti Peking, China yang mengendalikann eksperimen bagi melihat sama ada meminum teh akan meningkatkan kemampuan untuk berfikir.

Iklan
Iklan

Penyelidikan tersebut juga mengesyorkan bahawa meminum minuman itu dipercayai boleh mendatangkan keuntungan kognitif.

Kajian itu dikendalikan oleh seorang ahli psikologi, Dr. Lei Wang dari universiti tersebut dan rakan-rakannya baru-baru ini.

Iklan

Menurut Wang, hasil kajian mendapati minum teh boleh memperbaiki prestasi otak ketika berhadapan dengan tugas-tugas yang mencabar melibatkan pemikiran.

Kajian itu dilakukan ke atas 100 individu yang diberikan tugas sama ada menyelesaikan masalah berkaitan dengan perkataan atau teka teki.

Iklan

Dalam kajian itu, setiap individu itu diberikan sama ada secawan teh atau air biasa dengan kedua-duanya dipanaskan pada suhu sekitar 42 darjah Celsius.

Hasil penemuan dalam kajian itu kemudian mendapati bahawa kumpulan peminum teh menunjukkan prestasi pemikiran lebih baik daripada individu-individu yang meminum air biasa. - Agensi