HANGZHOU - Enam orang disahkan maut dalam kebakaran di sebuah kilang di wilayah Zhejiang, timur China, kata pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.
Kebakaran berlaku kira-kira 4 petang Jumaat di syarikat pembuat span di Jiashan County, lapor Agensi Berita Xinhua.