JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou mara ke final badminton perseorangan lelaki (SU5), Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan pemain Chinese Taipei, Fang Jen Yu di Stadium Kebangsaan Yoyogi, pagi tadi.
Biarpun tewas 15-21 pada set pertama, Liek Hou berjaya bangkit pada dua set berikutnya untuk menang 21-10, 21-16 bagi menempah pertemuan dengan pemain ranking nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, petang ini.