ATLET lompat jauh para negara, Wong Kar Gee tidak dapat meneruskan aksi dalam kategori T13 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila menarik diri pada lompatan kelima, pagi tadi.
Aksi Kar Gee juga dilihat kurang memuaskan apabila lompatan pertama, lompatan kedua dan lompatan keempatnya, dibatalkan.