WASHINGTON - Presiden Joe Biden pada Jumaat menandatangani perintah eksekutif mengarahkan pentadbirannya untuk meneliti beberapa dokumen berkaitan siasatan FBI terhadap serangan pengganas 11 September 2001.
Di bawah arahan itu Jabatan Kehakiman dan agensi Persekutuan lain diminta mengkaji dokumen dan melihat beberapa maklumat yang mungkin boleh dikongsi kepada umum, dalam tempoh enam bulan, lapor Agensi Berita Xinhua.