Kerajaan akan panggil bilal, imam antivaksin

Iklan
Marzuk (kanan) menyampaikan Anugerah Kecemerlangan secara pandu lalu di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Rakyat di Pengkalan Chepa pada Sabtu.

KOTA BHARU – Kerajaan tidak menolak kemungkinan memanggil bilal dan imam yang masih antivaksin untuk dibantu dengan pelbagai mekanisme yang disediakan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, langkah tersebut amat penting bagi memastikan kumpulan berkenaan tidak terkecuali dalam mendapatkan vaksin Covid-19.

Iklan
Iklan

"Kalau kita lihat kepada jumlah tahap pengambilan vaksin dalam negara sudah tinggi, namun kita akan teruskan lagi beri penerangan dan penjelasan kepada golongan antivaksin ini.

"Kalau perlu untuk kita panggil, kita akan panggil sebagaimana sesetengah negeri lakukan melibatkan kelompok sasar yang tidak mahu mengambil vaksin sebab terpengaruh dengan dakyah dan propaganda pihak tertentu.

Iklan

"Bukan tindakan undang-undang, tetapi tindakan memberi penerangan, penjelasan dan kaunseling. Kita juga akan melakukan perkara yang sama selaras dengan semua agensi-agensi kerajaan di bawah kita termasuklah imam dan bilal,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, beliau hadir menyampaikan sumbangan Anugerah Kecemerlangan secara pandu lalu di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Rakyat di Pengkalan Chepa di sini.

Iklan