Muzakarah Majlis Fatwa bincang isu ajaran PMYT

Iklan
Ahmad Marzuk

KOTA BHARU – Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan bagi mewartakan ajaran sesat 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir' (PMYT) yang didakwa dimulakan oleh seorang wanita.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya menyerahkan kes berkenaan untuk siasatan penuh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum mengambil tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Susulan daripada penyiasatan nanti, kami akan melihat tindakan yang boleh dibantu untuk menyelesaikan masalah ini memandangkan ia melibatkan dua perkara iaitu ajaran sesat dan keselamatan negara.

"Sekarang ini, keselamatan negara diutamakan terlebih dahulu. Kemudian individu yang terlibat dan pengikut-pengikutnya akan dikenakan tindakan bersesuaian dengan bidang kuasa kami,” katanya kepada pemberita, pada Sabtu.

Iklan

Sebelum itu, beliau menyampaikan sumbangan Anugerah Kecemerlangan Pandu Lalu di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Rakyat di Pengkalan Chepa di sini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, pemikiran dan bawaan seperti wanita tersebut membahayakan keselamatan negara dan bertentangan dengan akidah Islam.

Iklan

Katanya, pihaknya sentiasa optimis untuk mengukuhkan ajaran Sunnah Wal Jamaah dan tindakan sesetengah pihak yang cuba menyebarkan ajaran lain sudah pasti akan disedari terutama melalui kandungan ajaran yang disebarkan dan sebagainya.

Ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh dikenakan, Ahmad Marzuk berkata, sudah pasti boleh dikenakan tindakan dengan undang-undang sedia ada.

"Pertamanya ialah, mengadakan pertemuan dan melalui temu bual itu boleh lihat sama ada mereka menyeleweng atau tidak.

"Tindakan selebihnya diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri memandangkan ia merupakan bidang kuasa negeri. Denda dan hukuman adalah tidak sama untuk setiap negeri. Kami memandang serius perkara ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis lengkapkan siasatan kes ajaran sesat PMYT

PMYT: Bukit Aman ambil keterangan individu terlibat ajaran sesat