Kerajaan pantau dua rakyat Malaysia didakwa di Teluk Guantanamo

Iklan
Saifuddin mengikuti taklimat sempena lawatan dan penyerahan cenderahati kepada petugas kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan pada Sabtu.

KUANTAN - Kementerian Luar akan memantau perkembangan dua rakyat Malaysia yang didakwa di Mahkamah Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Teluk Guantanamo, Cuba pada 30 Ogos lalu.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementerian sedang mengikuti perkembangan perbicaraan membabitkan dua individu tersebut iaitu Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin.

Iklan
Iklan

"Kita akan memantau perbicaraan kes itu dan meneliti segala perkembangan berkaitan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat dan penyerahan cenderahati kepada petugas kesihatan yang bertugas sepanjang pandemik Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, dua rakyat Malaysia itu dihadapkan ke mahkamah tersebut atas dakwaan terbabit insiden pengeboman di Bali, Indonesia pada 19 tahun lalu.

Iklan

Kedua-dua mereka ditahan di kem tahanan Teluk Guantanamo sejak tahun 2006.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota menyokong penuh keputusan kerajaan yang bersetuju menubuhkan jawatankuasa bersama Parlimen dan Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan proses transformasi Parlimen.

Iklan

Beliau berkata, proses tranformasi Parlimen perlu dilaksanakan bagi memastikan Parlimen sebagai badan yang berautonomi dan bebas.

"Langkah itu dapat membantu meningkatkan mutu dan kandungan perbahasan dalam kalangan ahli Parlimen.

"Perkara yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu boleh menjadi kenyataan dan perlu disambut baik semua pihak," jelas beliau.

Menurutnya, tranformasi Parlimen pada dasarnya sudah berlaku di bawah empat Speaker Dewan Rakyat sebelum ini, namun sudah tiba masanya transformasi lebih besar dilaksanakan.

"Langkah tranformasi ini amat baik namun semuanya bergantung kepada ahli Parlimen untuk mengubah tingkah laku mereka semasa berbahas di Parlimen.

"Sewajarnya semua ahli Parlimen dapat memperbaiki ketajaman politik sehingga lawan politik dianggap sebagai musuh," katanya.

Tambah beliau, berpolitik perlu ada masanya dan ketika dalam Parlimen, perbahasan perlulah dibuat dengan baik dengan membawa isu demi kepentingan rakyat dan negara.