Ekonomi peniaga semakin pulih

Iklan
Mustapa Mohamed

KOTA BHARU – Ekonomi negara kini menuju ke arah pemulihan yang positif terutamanya dengan pembukaan kembali sektor-sektor perniagaan yang sebelum ini terpaksa dihentikan disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19 dalam negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun perniagaan kini dibuka secara berfasa, namun ia sudah memberi kelegaan kepada peniaga untuk kembali bernafas.

Iklan
Iklan

"Kita sudah mula buka secara berfasa dan mereka yang berniaga pun sudah boleh bernafas sikit walaupun belum pulih sepenuhnya. Peniaga berada dalam keadaan baik sedikit, sekarang ini buka kedai mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kita kena buat secara perlahan, tidak boleh mendadak. Jangan alpa dan kalau mari sekali (penularan Covid-19), lagi susah kita nanti,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Iklan

Sebelum itu, Mustapa melawat tapak pembinaan naik taraf projek LTSIP di Pengkalan Chepa di sini.

Hadir sama, Exco Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur,Pengangkutan Dan Utiliti Negeri Kelantan, Datuk Sr Azami Mohd Nor dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir Suhaili Ismail.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing akan beralih ke Fasa Dua serta Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Sabtu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan fasa PPN bagi kedua-dua negeri itu dibuat oleh Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut sebulat suara bersetuju untuk ia dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.

Jawatankuasa khas tersebut akan melibatkan wakil daripada parti pembangkang yang merupakan satu usaha kolektif untuk membabitkan semua pihak berkepentingan.

Ia bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti yang telah dirancang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia.