Geng curi motosikal tumpas

Iklan
Mustafa (tengah) menunjukkan rangka motosikal curi yang ditemui di Sungai Sanglang, Ayer Baloi.

PONTIAN - Polis menahan dua lelaki yang juga penagih dadah dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di Pontian dan Johor Bahru pada 19 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, dengan tertangkapnya dua lelaki itu, polis berjaya menyelesaikan enam kes curi motosikal di sekitar Pontian dan Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Katanya, suspek berusia 23 dan 25 tahun itu tinggal di kawasan Ayer Baloi Pontian.

"Polis percaya kedua-dua suspek sudah terlibat dengan kegiatan curi motosikal ini sejak dua tahun lalu.

Iklan

"Modus operandi mereka lebih tertumpu kepada mendapatkan komponen dan alat ganti motosikal yang dicuri untuk dijual bagi mendapatkan wang,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Pontian, hari ini.

Tambahnya lagi, rangka motosikal akan dilupuskan oleh suspek dengan membuangnya ke dalam Sungai Sanglang Ayer Baloi yang mana kedudukan sungai ini agak jauh dari rumah penduduk kampung.

Iklan

"Empat rangka motosikal ditemui di dalam Sungai Sanglang.

"Kedua-dua suspek ditahan reman selama 12 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A( 1) kanun keseksaan,” katanya.

Mustafa turut menasihatkan orang ramai agar lebih menekankan aspek keselamatan ketika meninggalkan motosikal terutama di tempat awam.

"Ada kes di mana suspek dengan mudah mencuri motosikal disebabkan kecuaian pemilik termasuk ada yang meninggalkan kunci pada motosikal,” katanya.