Raja Muda Selangor nafi terbabit rancangan pembangunan HSKKLU

Iklan
Tengku Amir menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pembangunan dirancang di HSKKLU. - Foto FB Selangor Royal Office

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sebuah syarikat berhubung pembangunan yang dirancang di Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara (HSKKLU).

Tengku Amir mengambil maklum terdapat beberapa golongan yang mempercayai bahawa baginda mendapat keuntungan daripada keputusan pembangunan di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut Tengku Amir, baginda begitu terkesan mengenai isu alam sekitar dan mengambil maklum bagaimana pembangunan meninggalkan impak mendalam terhadap perubahan iklim, generasi akan datang, bahkan kesan yang tidak dapat dipulihkan.

"Kawasan hutan terutama hutan paya gambut memainkan peranan penting dan nadi utama dalam penyerapan karbon bagi memastikan kadar pemanasan global dapat diatasi.

Iklan

"Hutan paya gambut juga merupakan habitat semula jadi bagi flora dan fauna dan jika habitat ini pupus, keseimbangan alam sekitar kita boleh terancam," titah baginda menerusi kenyataan dimuat naik menerusi Facebook Selangor Royal Office pada Sabtu.

Justeru, Tengku Amir berharap semua pihak dapat memainkan peranan dalam memikul tanggungjawab memelihara dan memulihara tanah air selain menguatkuasakan undang-undang dan terus menjadi pelindung kepada komuniti setempat.

Iklan

"Wujudkan komuniti lestari, prihatin, empati dan berpandangan jauh agar dapat memelihara alam sekitar," titah baginda.

Baginda bertitah, rakyat Selangor tidak mahu merasa kehilangan khazanah permata iaitu HSKKLU yang terdapat di negeri ini.

"Selaku warga Malaysia, semua pihak harus bersatu tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memelihara alam ini.

"Tebus kekhilafan lalu dengan menyelamatkan alam sekitar hari ini," titah baginda.