KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan grafik tular menerusi media sosial mengenai denda RM1,500 akan dikenakan kepada individu sekiranya tidak klik ‘check-out’ atau waktu mendaftar keluar pada aplikasi MySejahtera sebagai indikator daftar keluar meninggalkan mana-mana lokasi atau premis.
Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan memaklumkan tiada denda RM1,500 dikenakan kepada individu yang tidak klik ‘check-out’ pada aplikasi MySejahtera sebagaimana yang dinyatakan grafik tersebut.