Myvi lawan arus: Polis minta pemilik akaun Twitter tampil

Iklan
Perodua Myvi yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (Mex) pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Polis meminta pemilik akaun Twitter bernama @FareezAzmann yang memuat naik rakaman video memaparkan sebuah Perodua Myvi dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (Mex) pada Sabtu untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian itu, sebuah kereta jenis Proton Wira terbabit kemalangan ketika cuba mengelak Perodua Myvi berwarna kelabu berkenaan.

Iklan
Iklan

"Perodua Myvi tersebut telah mengakibatkan kemalangan kepada sebuah Proton Wira yang sedang dipandu di lorong sama dan cuba mengelak kenderaan tersebut.

"Siasatan awal mendapati Perodua Myvi itu dari arah Wangsa Maju menghala ke arah Putrajaya telah dipandu secara berlawan arus," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sarifudin berkata, pihaknya masih berusaha untuk mengesan dan mengenal pasti pemandu Perodua Myvi yang tular dalam video berdurasi 17 saat itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau JSPT Kuala Lumpur 03-2026 0267/69 atau balai polis berdekatan," katanya.

Iklan

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang dirakam memandu secara melawan arus di laluan berkenaan kira-kira jam 11 pagi Sabtu.

Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta itu dipandu berlawanan arus bermula dari Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Seri Kembangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari pemandu Myvi lawan arus