Beri ruang guru tolak vaksin laksana PdP tidak bersemuka

Iklan
Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (​NUTP) berharap guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 diberikan ruang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara tidak bersemuka meskipun diarah hadir ke sekolah untuk melakukan tugasan lain yang akan diberikan kelak.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, pihaknya khuatir sekiranya guru berkenaan tidak dibenarkan menjalankan PdP, ia akan membebankan warga pendidik yang telah mendapatkan vaksin Covid-19.

Iklan
Iklan

"Pihak kami menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi tugasan lain kepada guru yang tidak divaksin selepas tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka.

"Namun, kami minta ruang untuk mereka mengajar kerana kita tidak mahu beban masa mengajar mereka itu dipindahkan kepada guru yang sudah mendapatkan vaksin Covid-19,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas arahan yang dikeluarkan Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang mengarahkan guru enggan menerima vaksin Covid-19 diminta ke sekolah bagi melakukan tugasan lain kerana banyak lagi tugasan perlu dilakukan.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, KPM masih mempunyai ruang untuk mengatasi masalah tersebut kerana sesi persekolahan yang akan dibuka nanti hanya melibatkan kelas peperiksaan, dengan guru yang mengajar kelas peperiksaan telah 100 peratus divaksin.

Iklan

"Jadi saya rasa, KPM boleh melakukan sesi perbincangan dan berjumpa dengan guru yang tidak mahu divaksin bersama tokoh-tokoh berwibawa bagi mengetahui punca sebenar mereka tolak vaksin,” kata Aminuddin.

Aminuddin Awang