Pemandu, penunggang motosikal mabuk ditahan

Iklan
Polis sedang periksa paras alkohol suspek yang ditahan melalui sekatan di Kilometer 26 Jalan Sepang-Lukut dekat sini pada jam antara 12.30 hingga 3 pagi Ahad. - Foto ihsan IPD Port Dickson

PORT DICKSON - Dua lelaki masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta ditahan kerana menunggang motosikal dan memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua mereka yang berusia 23 dan 26 tahun itu ditahan melalui sekatan di Kilometer 26 Jalan Sepang-Lukut dekat sini pada jam antara 12.30 hingga 3 pagi Ahad.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati bacaan alkohol terhadap pemandu kereta serta penunggang motosikal itu melebihi paras yang ditetapkan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 45A(1) APJ 1987," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, bagi kesalahan pertama, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 hingga RM30,000 dan penjara tidak lebih dua tahun, dan hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh 12 bulan.

Jika kesalahan berulang boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM20,000 hingga RM 50,000, dan penjara tidak lebih lima tahun serta hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh lebih lima tahun.

Iklan