KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Keputusan menarik balik 29 pertuduhan rasuah terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid oleh pihak pendakwaan adalah berasaskan fakta yang disahkan daripada siasatan lanjut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan pada Ahad berkata, perkara itu bermula apabila tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya di bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 semasa perbicaraan berlangsung.
Susulan itu, SPRM telah menjalankan siasatan lanjut berkenaan pernyataan pembelaan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Berdasarkan dapatan baharu menerusi keterangan baharu yang dikemukakan, tertuduh berjaya membuktikan bahawa beliau telah membayar balik wang yang didakwa sebagai rasuah itu sebelum siasatan dimulakan (dan) saksi utama turut mengesahkan perkara tersebut sebagai wang pinjaman.
"SPRM merujuk kembali kes berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara dan diputuskan perbicaraan tidak diteruskan berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan tersebut. Keputusan itu dibuat kerana keterangan saksi utama tidak konsisten," menurut kenyataan itu.
Menurut SPRM, pihak pendakwaan telah memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung penarikan balik kesemua 29 pertuduhan itu semasa prosiding perbicaraan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 21 Mei lepas.
Noor Ehsanuddin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 29 pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan itu. - Bernama
Artikel Berkaitan
Jenazah Khairul Izwan Mazupi, 32, isterinya Fadzlenna Ramli, 32, anak bongsu mereka Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi Kampung Sungai Tangkas pada Selasa. Foto Sinar Harian
Nahas lima kenderaan, Khairul Ikhwan petugas dedikasi - Naib Canselor UKM