PEMAIN tenis Amerika Syarikat (AS), Shelby Rodgers menyifatkan dirinya seperti bermimpi apabila menewaskan pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty pada pusingan ketiga kejohanan terbuka terbuka AS (US Open), pada Ahad.
Menurut pemain ranking ke-43 dunia dari Australia itu, kemenangan 6-2, 1-6, 7-6 (7/5) ke atas Barty nyata pencapaian yang cukup hebat di sepanjang kariernya sebagai pemain tenis setakat ini.
"Semestinya saya terlalu gembira untuk melangkah ke pusingan seterusnya; namun sebenarnya saya masih terkejut dengan kejayaan ini dan tidak pasti bagaimana untuk menjelaskan bagaimana saya melakukannya.
"Saya cuma bermain seperti biasa dengan cuba mendapatkan mata demi mata pada pertemuan ini agar saya tidak tewas lebih awal.
"Akhirnya saya berjaya memenangi pertemuan ini dan saya tidak sabar untuk mara ke peringkat seterusnya,” katanya.
Sementara itu Rodgers berkata, dia tetap berwaspada apabila bakal pemain ranking ke-150 dunia, Briton Emma Raducanu pada pusingan keempat, pada Isnin.
Katanya, dia juga perlu mengelak melakukan sebarang kesilapan jika mahu memastikan kemaraan ke suku akhir kali ini.
"Saya kini berpeluang mara ke suku akhir dan sudah tentu saya tidak akan melepaskan peluang ini (ke suku akhir).
"Oleh itu, saya perlu berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan ketika menentang Raducanu,” katanya.