UiTM FC kembali ke Liga Premier musim depan

Iklan
Khyril Muhymeen (kanan) cuba diasak pemain UiTM FC dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ malam tadi. - Foto Malaysian Football League

UiTM FC mengesahkan slot ke saingan Liga Premier musim depan selepas The Lions tewas 0-1 kepada PJ City dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Khyril Muhymeen Zambri menjadi duri dalam daging pelawat apabila tandukannya pada minit ke-39 selepas menyudahkan hantaran silang P Rajes sudah cukup menghantar pelawat kembali beraksi di liga tahap dua negara ini.

Iklan
Iklan

Kekalahan itu juga menyaksikan skuad kendalian Reduan Abdullah mengakhiri rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan terakhir The Lions sebelum ini, sekali gus mengekalkan kedudukan di tangga ke-12 liga dengan sembilan mata selepas mengharungi 20 perlawanan.

Sementara anak buah P Maniam yang musim ini dibarisi pemain-pemain tempatan berjaya mengakhiri kemarau kemenangan dalam enam perlawanan terakhir sebelum ini, sekali gus menyisihkan diri dari zon penyingkiran dengan 21 mata selepas mengharungi 21 perlawanan.

Iklan
Iklan

Dalam aksi Liga Pemier pula, Kuching City FC mengikat PDRM FC tanpa jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.