Dua atlet positif doping belum minta cabar Sampel B: Adamas

Iklan
Azura Abidin. - Foto FB Adamas

DUA atlet negara didapati positif penggunaan bahan terlarang pada ujian yang dilakukan Jun lepas.

Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), Azura Abidin berkata, kedua-dua atlet itu merupakan antara atlet yang menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sejurus menerima dua laporan ‘Adverse Analytical Finding’ (AAF) itu, pihaknya telah melaksanakan ulasan awal bagi memastikan pengujian dan analisis sampel yang diterima adalah selari dan mematuhi Kod Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) 2021, ‘Adamas Doping Rules 2021’ dan piawaian antarabangsa semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Shapawi terkejut atlet positif doping

Azura ketika dihubungi turut mengesahkan bahawa kedua-dua atlet itu setakat ini belum meminta untuk mencabar Sampel B.

Iklan

"Adamas telah memaklumkan atlet-atlet itu mengenai keputusan analisis makmal dan perkara ini masih dalam proses pengurusan keputusan di peringkat Adamas, dan adalah menjadi obligasi Adamas untuk menjalankan tanggungjawab ini dengan sulit tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Beliau berkata, keputusan penuh laporan AAF itu akan dimaklumkan dalam laman web rasmi Adamas selepas kes diselesaikan, selari dan mematuhi prosedur yang ditetapkan. - Bernama

Iklan