SHAH ALAM - Budaya rasuah di Malaysia masih lagi di tahap yang berbahaya terutama dalam kalangan masyarakat dan generasi muda.
Setiausaha Wanita Ikram Ampang Jaya, Saidatul Syuhada Ahmad Shukri berkata, bagi menangani isu rasuah di Malaysia, kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mendidik, mencegah serta membendung ‘penyakit’ kronik itu.