KOTA KINABALU - Istana Negeri Sabah di sini dinamakan sebagai Istana Seri Kinabalu, demikian menurut Warta Kerajaan Negeri Sabah.
Warta itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong bertarikh 5 Ogos dan disiarkan di laman web di https://www.sabah.gov.my/gazette/ pada 26 Ogos lalu.