Adly dilantik Naib Presiden Amanah ganti Husam

Iklan
Adly

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu menggantikan Datuk Husam Musa yang meletak jawatan tahun lalu.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu memaklumkan pelantikan Adly yang sebelum ini merupakan Bendahari Agung Amanah.

Iklan
Iklan

"Perlantikan Adly selaras dengan aspirasi Amanah untuk menampilkan lebih ramai pemimpin pelapis untuk menerajui kepimpinan parti dan negara di masa hadapan.

"Selaras dengan matlamat ini juga, Amanah telah melantik Izham Hashim, 59, Pengerusi Amanah Selangor sebagai Bendahari Agung Parti Amanah Negara menggantikan Adly.

Iklan

"Kami yakin pelantikan ini akan mengukuhkan lagi imej Parti Amanah Negara sebagai parti yang membawa mesej 'Rahmatan lil aalamin' di kalangan masyarakat," katanya.

Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil merupakan Pengerusi Amanah Melaka.- Awani

Iklan