Ribuan penduduk adakan tunjuk perasaan, bantah sekatan Covid-19

Iklan

AMSTERDAM - Ribuan penduduk di Amsterdam, Belanda mengadakan tunjuk perasaan pada Ahad kerana membantah sekatan Covid-19 yang dikuatkuasakan pihak berkuasa, lapor Sputnik.

Penunjuk perasaan mula berkumpul di Dataran Dam pada jam 9 pagi dan jumlah peserta semakin ramai meskipun diminta bersurai.

Iklan
Iklan

Bantahan itu dianjur oleh Michel Reijinga yang turut bertanggungjawab menganjurkan tunjuk perasaan sama sebelum ini.

Sebanyak 60 kumpulan mengambil bahagian dalam protes tersebut, lapor stesen penyiaran awam NOS.

Iklan

Pada Ogos, Belanda memaklumkan mulai 20 September, sistem pas masuk Covid-19 akan digunakan di restoran, bar, kafe dan acara kebudayaan untuk kehadiran melebihi 75 orang. - Bernama

Iklan