KUALA LUMPUR - AmBank telah memperkemas kad kredit-i Visa Infinite Signature Priority Banking yang disediakan khusus untuk pelanggan perbankan keutamaannya.
Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Aaron Loo berkata, kad baharu itu menawarkan pelanggan tersebut dengan tawaran gaya hidup yang dipertingkatkan.
Iklan
Iklan
"Kami mengambil maklum mengenai perubahan corak perbelanjaan pelanggan utama perbankan kami dan telah memperkemas ganjaran kad tersebut bagi menepati norma dan gaya hidup semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kad itu antara lainnya menawarkan pulangan tunai sehingga 5.0 peratus peratus daripada perbelanjaan bulanan pengguna manakala pelanggan dengan aset di bawah pengurusan AmBank akan mendapat manfaat pulangan tunai lebih tinggi.
Selain itu, pemegang kad kredit-i Visa Infinite AmBank Signature Priority Banking sedia ada boleh memeriksa mata ganjaranAmBonus dan keistimewaan Lounge Access yang boleh ditukar kepada pulangan tunai selain menikmati faedah eksklusif serta tawaran lain. - Bernama