KPDNHEP pantau Set Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19

Iklan


Set Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 yang dijual pada harga baharu iaitu RM19.90 ketika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Selangor membuat pemantauan di sebuah farmasi di Seksyen 7 Shah Alam hari ini.
Kerajaan sebelum ini menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90 manakala harga borong RM16 berkuat kuasa semalam dan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. - Foto Bernama