Henti main nombor, wakil rakyat bukan 'pelacur politik'

Iklan
Datuk Seri Salahuddin Ayub

ISKANDAR PUTERI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengingatkan wakil-wakil rakyat berhenti bermain nombor bagi menjatuhkan kerajaan di peringkat Pusat mahupun negeri.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, sebagai pembuat dasar, wakil rakyat tidak boleh dijual beli kerana mereka bukan 'pelacur politik'.

Iklan
Iklan

Katanya, tindakan jual beli perlu dihentikan dengan mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Lompat Parti pada sidang Dewan Rakyat kelak.

"Kita ahli politik adalah pembuat dasar penting negara, kita bukan 'pelacur politik'. Sangat penting kestabilan dapat dicapai dalam tempoh terdekat bagi mendepani rakyat terjejas serta negara yang masih belum selesai berjuang daripada Covid-19.

Iklan

"Perkara ini penting bagi saya, kerana ia dapat memperkukuhkan politik kita dan tidak akan ada lagi permainan nombor atau 'games of numbers' lagi," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata demikian pada sesi perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-14 di sini pada Isnin.

Iklan

Ahli Parlimen Simpang Jeram itu turut mencadangkan agar fokus kepada Covid-19 dapat ditumpukan sepenuhnya oleh kerajaan.

"Peruntukan tunai RM45 bilion bagi memerangi Covid-19 antara yang dicadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob yang mana perbelanjaan mestilah di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen yang dianggotai ahli bipartisan antara yang dicadangkan.

"Peruntukan ini termasuk untuk vaksinasi. Seterusnya RM10 bilion lagi bagi bantu golongan yang kehilangan pekerjaan termasuk kumpulan dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) moratorium tiga bulan kepada mereka yang sangat terjejas," katanya.