28 PATI warga Indonesia ditahan cuba masuk Malaysia

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 28 imigran warga Indonesia yang menceroboh masuk ke negara ini melalui jalan laut selepas ditemukan bersembunyi di tepi pantai Jalan Tanjung Balau, Sedili Kechil dekat Kota Tinggi pada Isnin.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan 25 lelaki dan tiga wanita berumur antara 17 hingga 51 tahun itu diberkas menerusi Ops Benteng pada 2.30 pagi Isnin.

Iklan
Iklan

Anggota petugas di Pos Pemerhati sebelum itu telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di sekitar kawasan Bio Desaru, Bandar Penawar pada 1.30 pagi, sebelum menggerakkan pasukan Tindakan Cepat (QRF) untuk melakukan pemeriksaan.

"Hasil penjejakan yang dilakukan telah mengesan 26 imigran yang sedang bersembunyi di tepi pantai dan berjaya ditahan bersama dua lagi imigran di lokasi yang berhampiran. Dipercayai mereka baru saja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Turut dirampas wang berjumlah RM1,004 dan mata wang Indonesia bernilai RM7,870 serta 23 telefon bimbit.

Menurut kenyataan itu, pasukan QRF juga pada sama akan terus melakukan penjejakan berikutan terdapat kemungkinan saki-baki imigran di sekitar kawasan tangkapan.Kesemua imigran tersebut dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19, sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas. - Bernama

Iklan