Presiden Montenegro didesak letak jawatan

Iklan
Tunjuk perasaan bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Milo Djukanovic telah memasuki minggu keempat.

PODGORICA - MONTENEGRO. Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di ibu negara Podgorica semalam bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Milo Djukanovic.

Tunjuk perasaan itu telah memasuki minggu keempat, di mana penunjuk perasaan menuduh Djukanovic dan kerajaan pimpinannya mengamalkan budaya rasuah dan kronisme.

Iklan
Iklan

Djukanovic telah berkuasa selama tiga dekad dan berkhidmat sebagai Perdana Menteri sejak Montenegro mencapai kemerdekaan pada 1991. - Press TV