MPIC perkemas semua agensi sektor perladangan

Iklan
Datuk Zuraida Kamaruddin

SHAH ALAM - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) mengatur strategi menyusun semula dan memperkemaskan agensi-agensi di bawah kementerian itu untuk mempertingkatkan ekonomi sektor berkenaan bagi jangka masa panjang.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, strategi tersebut bertujuan membantu kementerian menjimatkan perbelanjaan.

Iklan
Iklan

"Antara perkara pertama ialah untuk meningkatkan nilai produk-produk komoditi hiliran dan menyelesaikan kempen anti-komoditi terutama di kalangan Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

"Melalui maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam industri ini, saya akan membuat perubahan yang perlu untuk membantu meningkatkan pendapatan dalam sektor komoditi.

Iklan

"Selain itu, saya juga memantau masalah kekurangan tenaga kerja dan kadar vaksinasi untuk semua pekerja terlibat dalam industri perladangan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, pihaknya mengambil kira cadangan mengenai MPIC daripada bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

Iklan

"Dalam kajian ringkas berkenaan dengan pelbagai agensi dan majlis, saya akan mempertimbangkan beberapa cadangan logik yang dicadangkan.

"Jika Teresa ingin terus menyumbangkan pendapat beliau, saya amat mengalu-alukannya,” kata Zuraida.