Maqis rampas kayu walnut dari AS lebih RM245,000

Iklan
Pegawai penguat kuasa Maqis melakukan pemeriksaan ke atas kontena berisi kayu walnut dari AS yang dirampas di Pelabuhan Kuantan pada Ahad kerana dibawa masuk menggunakan permit import tamat tempoh.

KUANTAN - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas kayu gergaji jenis walnut dari Amerika Syarikat (AS) yang dibawa masuk melalui Pelabuhan Kuantan, di sini pada Ahad.

Kayu bernilai RM 245,643 itu didapati mengemukakan permit import tamat tempoh.

Iklan
Iklan

Maqis dalam kenyataannya pada Isnin memaklumkan, kayu gergaji yang dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan itu ditahan pegawai penguat kuasa Maqis untuk pemeriksaan rutin.

"Hasil pemeriksaan kira-kira jam 3.30 petang mendapati pihak syarikat disyaki melakukan kesalahan kerana membawa masuk kayu tersebut menggunakan permit import tamat tempoh," kata kenyataan itu.

Iklan

Kenyataan itu turu menyebut, kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta tersebut.

"Jika disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Iklan

Tambahnya, Maqis akan terus memperketatkan kawalan sempadan dan tidak akan berkompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari luar negara bagi memastikan ia mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan kerajaan.