Lima lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD bermula Rabu

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan terhadap lima lokaliti melibatkan negeri Sabah dan Pahang berkuat kuasa 8 September hingga 21 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti terbabit melibatkan Kampung Dusun Pak Senam, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, di Sabah pula, Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi, Kota Belud; Kampung Pahu Pinawantai, Ranau serta Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat.

"Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti-lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Rodzi berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau dan Taman Limauan, Kinarut, Papar, Sabah berkuat kuasa dari 8 September sehingga 21 September.

Sementara itu, beliau menjelaskan, 40 kawasan PKPD melibatkan negeri Pahang, Perak dan Sabah ditamatkan PKPD pada 7 September seperti yang dijadualkan.

Iklan

Lokaliti tersebut ialah Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang manakala di Perak pula, Kampung Senta, Kampung Chang dan Kampung Sanding, Bidor; Kampung Orang Asli Menderang, Sungkai.

"18 lokaliti di Mukim Batang Padang, Perak juga telah tamat tempoh PKPD iaitu Kampung Orang Asli Batu 6, Batu 14, Batu 16, Batu 17, Batu 18 dan Batu 19. Turut sama, Kampung Kenderong dan Kampung Sungai Rensa.

"Kampung Sungai Chendon, Kampung Sungai Odak, Kampung Ampangan, Kampung Pos Woh, Kampung Orang Asli Batu 7 dan 7½, Kampung Sungai Bot Dalam, Kampung Sungai Bot Luar, Kampung Sungai Tidong, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh Intake juga tamat PKPD,” ujarnya.

Di sabah pula, katanya, Kampung Kota Tuaran, Tuaran; Taman Kinarut Ria, Papar; Delta Height, Kampung Sindaanan, Rainfield Garden, Maju Kota Light Industry dan Jalan Lama Penampang, Penampang.

Juga tamat PKPD, Kampung Mondikot, Papar; Ladang Mawang, Kalabakan; Kem Sawmill (Kilang Papan) Mengayam Sri Arjuna, Sipitang, Sabah.

"Tiga lokaliti di Tawau iaitu Taman Ranggu Saujana; Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik dan Kampung Tanjung Batu Laut, Logpon.

"Lima lagi melibatkan lokaliti di Kinabatangan dan Lahad Datu iaitu Kampung Pelangi; Kampung Sri Manis; Ladang Sungai Pin; Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Pertama Satu,” katanya.

Jelas beliau, lokaliti di Kampung Manggaris 2, Kota Marudu, Sabah pula ditamatkan pada 6 September iaitu lebih awal dari