Kanak-kanak 6 tahun hilang

Iklan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dilaporkan hilang sejak petang Isnin

GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dilaporkan hilang sejak petang Isnin.

Mangsa yang difahamkan mengalami masalah pekak dan bisu itu dikesan hilang dari kawasan perumahannya di Taman Kinta Baru di sini sekitar jam 6.30 petang.

Iklan
Iklan

Setakat jam 11 malam ini, operasi mencari dan menyelamat masih digerakkan untuk mengesan mangsa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng pada jam 10.29 malam memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki hilang dari rumah.

Iklan

"Operasi pencarian dilakukan pada malam ini dengan bantuan unit anjing pengesan (K9) polis bersama agensi penyelamat lain," katanya.

Iklan